Monday, June 3, 2013

Selamat menghadapi peperiksaan akhir

Salam ukhwah..:)

Setelah tamat praktikum, saya perlu menghadiri sesi interaksi yang terakhir pada cuti penggal persekolahan ini iaitu Mei/Jun 2013. Pada sesi interaksi ini, kami akan menghadapi peperiksaan akhir. Justeru, untuk menghadapi peperiksaan ini selain daripada membuat ulangkaji dan perbincangan, saya ingin berkongsi petua atau amalan yang boleh dilakukan sebagai persediaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.

Sebelum peperiksaan

1. Berpuasa sunat
Sebab orang yang berpuasa doanya mustajab.

2. Banyakkan solat hajat dan berdoa
In Shaa Allah, jika kita minta pd Allah yang baik-baik, yang kita akan dpt pun baik-baik. Waktu sujud lama sikit supaya oksigen dan darah dapat sampai ke otak.

3. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat
Tukar daripada mendengar lagu2 kepada zikrullah dan membaca ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hati

4. Makan kismis
Amalan makanan sunnah untuk menguatkan minda dan ingatan.

5. Menjaga kesihatan diri
Kurangkan minum ais dan perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat.

6. Kurangkan ketawa, banyakkan senyum
Banyak ketawa boleh mematikan hati dan fikiran.

7. Minta restu daripada ibu dan ayah
Minta ibu dan ayah doakan moga dipermudahkan menghadapi peperiksaan.

8. Membuat ulangkaji waktu awal pagi
Sebab waktu tu otak masih fresh.

9. Menjaga hubungan sesama rakan / keluarga
Supaya minda kita sentiasa tenang tanpa ada masalah dengan org sekeliling.


Semasa peperiksaan

1. Datang awal ke dewan peperiksaan. Bangun awal pagi supaya dapat siap sedia lebih awal.

2. Memakai pakaian yang tertib dan bersih supaya dapat meningkatkan keyakinan diri.

3. Berselawat jika hati tidak tenang.

4. Membaca doa penerang hati (3 kali) sebelum mula menjawab soalan.

5. Rancang masa untuk menjawab setiap bahagian soalan.

6. Jawab dengan tenang dan lupakan sebentar masalah luar.

7. Jika lupa jawapan atau susah nak recall jawapan, tarik nafas, cuba berselawat 3 kali @ baca 3 Qul. Doa dan minta bantuan Allah supaya ingat kembali.

8. Baca dan fahami soalan dengan betul.

9. Gunakan masa semaksimum mungkin. Jika selesai jawab lebih awal, jgn keluar dr dewan. Semak lagi sekali jawapan kita. Mungkin ada soalan yang kita tertinggal atau tersilap faham soalan.

10. Jangan buang masa menoleh kiri dan kanan.


Selepas tamat kertas/peperiksaan

1. Ucap Alhamdulillah dan sujud syukur.

2. Teruskan berdoa dan solat hajat.

3. Tawakkal 'alallah.

4. Bersedia untuk kertas seterusnya.

5. Lupakan sebentar kertas yang dah lepas. Tumpukan pada yang akan datang supaya mood exam tu dapat dikekalkan..:)


Antara petua/amalan yang dapat saya kongsi dengan kwn2 yg baca blog ni. In Shaa Allah kita amalkan sama2. Kalau ada penambahan, feel free to comment yea? Dan jgn lupa, yang paling penting, Usaha+Doa+Tawakkal+Usaha lagi.





#Assalamualaikum W.B.T#

No comments:

Post a Comment

Komen la sikit ohh :P